Tow Foo Fah
Bahan A:
300gm. kacang soya
11 cawan air

Bahan B
1/2 cawan air panas
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh tepung plaster of paris
(Campurkan adunan ini berasingan
dari bahan A dan C

Bahan C
Untuk sirapnya:
3 cawan air
5/6 helai daun pandan
300gm. gula

CARA MEMBUATNYA:

   Rendam kacang soya dalam air selama 1 malam. Gunakan mesin blender kemudian kisarkan kacang soya sehingga lumat. Setelah itu masukkan ke dalam uncang kain maslin dan perahkan air kacang soya ke dalam mangkuk besar.

Setelah itu tapiskan sekali lagi air kacang soya ini dengan menggunakan uncang kain penapis yang lain. (Buat ssedikit sedikit sehingga selesai).

Setelah ditapis masak air kacang soya ini sehingga menggelegak (jangan ditutup ketika dimasak). Kacau selalu sehingga menggelegak. Sementara itu siapkan bahan B iaitu gaulkan hingga sebati tepung jagung, plaster of paris dengan air panas 1/2 cawan dan masukkan campuran ini ke dalam sebuah mangkuk besar.

Setelah air kacang soya tadi menggelegak masukkan ke dalam mangkuk campuran B tadi.

Setelah itu tutup dengan tudung berbalut kain supaya wap campuran tidak masuk semula kedalam mangkkuk. Biarkan selama 1 jam lamanya.

Setelah cukup 1 jam hidangkan ke dalam air sirap. Cara memasak bahan C ialah campurkan semua bahan-bahan tersebut dan masaklah sehingga larut dan mendidih kemudian diangkat dan tapiskan.