Nata

Proses penghasilan

Air kelapa tua segar dikumpulkan, ditapis dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian air kelapa itu dipastur bagi mematikan kuman serta mengelakkan pencemaran. Setelah itu ia disejukkan.

Bekas itu ditutup dua minggu. Satu lapisan dikenali sebagai `filem` atau selulos yang tebalnya satu sentimeter akan dihasilkan di permukaan air itu. Selulos dikenali sebagai `nata` itu dipungut, dibersihkan dan dipotong berbentuk kiub.

Kiub-kiub itu direndam dua hari supaya dapat mengurangkan asid. Selepas itu, ia direbus 10-30 minit dan ditoskan. Kiub itu dicampur gula dan dibiarkan semalaman.

Lepas itu air ditambah dan campuran itu dipanaskan untuk mencairkan gula. Nata bergula itu dimasukkan ke dalam bekas atau ditinkan sebelum dipastur sekali lagi selama setengah jam. Biarkan selama tiga atu empat hari untuk sebati sebelum dihidangkan.

Satu liter air kelapa tua yang diperam itu boleh menghasikan antara 300 dan 400 gram nata.

Nata ini boleh dikeringkan untuk dijadikan halwa.