Burger Daging

Cara-cara Pemprosesan

 
(i) Daging beku dipotong dengan menggunakan bandsaw machine untuk menjadi bentuk ketul-ketul kecil (2" x 2" x 6").

(ii) Semasa daging beku tadi sedang dipotong, proses-proses berikut dilakukan:
a) Bawang besar dan bawang putih dipotong halus
b) Telur dipukul hingga kembang

(iii)Bahan (i) dan (ii) dicampurkan di dalam bekas `stainless steel` dan digaul hingga rata, bersama bahan-bahan lain seperti roti kering, rempah kaari, lada putih dan serbuk perasa

(iv) Campuran (iii) boleh dimasukkan ke dalam mesin mincer 1 untuk melumatkan campuran tadi dan keluar dalam bentuk urat-urat kasar.

(V) Urat-urat kasar tadi dimaskkan lagi ke dalam mesin mincer 2 untuk melumatkan dan melemnutkan bahan-bahan campuran tadi. Sekarang bahan-bahan ini menjadi lembut dan mudah untuk dikepal.

 (vi) Kepalan tadi dimasukkan pula ke dalam mesin `holymatic` untuk menjadikannya leper dan bulat. Burger yang keluar dari mesin ini dilapiskan kedua-dua permukaan dengan plastik (cellophane) supaya tidak melekat di antara satu dengan lain. 

(vii) Simpan `beefburger` dalam bilik sejuk.

(viii) `Beef burger` boleh dibungkus dalam beg plastik ( polythylene) dan sedia untuk dipasarkan.

Bahan-bahannya
(i) Daging lembu
(ii) Roti kering (roti basah boleh juga digunakan)
(iii) Telur ayam
(iv) Bawang besar
(v) Rempah kari
(vi) Lada putih
(vii) Pewarna yang boleh dimakan
(viii) Protein
Daging Lembu

Potong kiub
(menggunakanbendsaw machine)

campurkan semua bahan-bahan hingga sebati(dalam bekas)

Mesin kisar 1

Mesin kisar 2

Tekan leper dan bentukkan
(mesin holymatic)

Sejukkan di dalam freezer

Bungkus dan pasarkan