Lukisan Senja

Selamat tinggal mentari,
benamkan bulatmu ke dalam lautan petang,
serapkan surammu ke lembayung senja,
bawalah bersama murung ini,
terendam ke dasar segara.

Bawalah resah nostalgia,
ke ufuk sana,
hantarkanlah serimu ke dalam lena,
ke dalam buai syahdu mimpi.

Segarkanlah jiwa ini,
dalam hembusan bayu petang,
sementara petang masih
melayarkan janji indah,
dalam derai manik-manik,
dan desiran ombak membelai pantai.

Burung-burung camar telah lama
terbang jauh ke benua sana,
andainya besok mereka kembali,
berikanlah pesan naluri,
dari lelumba resah
yang ditatang gelombang,
kepada gunung biru yang
dilitupi salji suci.

Awan,
Janganlah dimendungkan sukma,
dari lukisan senja ini,
kerana ia telah lama,
menantikan kesyahduan ini.

biarkanlah lukisan ini,
lestari di sini,
di sanubari ini...

Kesuma Lara
August 1998

<BGSOUND SRC="ocean.wav" LOOP="10">